Tuesday, 5 May 2020


Kemahiran Penting Kepada Graduan Masa Depan

Hari ini, kita mendapat suapan berita daripada pelbagai sumber, misalnya media alternatif, media sosial, blog serta ‘kewartawanan rakyat’.  Bagi reka bentuk web pula, pada hari ini sesiapa yang memiliki laptop dan sambungan Internet boleh mereka bentuk laman web dalam beberapa minit sahaja.  Sungguh gentar sekali melihat betapa pesat bergeraknya perkembangan sosial, ekonomi dan teknologi apatah lagi hendak ikut segala macam trend yang wujud. Namun begitu, perkembangan sebegini sepatutnya memanfaatkan kita. Jika kita memilih untuk melengkapkan diri dengan teknologi semasa melalui pembelajaran, kita dapat menjadikan benda yang kita takuti sebagai perkara untuk membangunkan diri dan berjaya

10 kemahiran utama yang diperlukan graduan untuk berjaya dalam pasaran kerja masa depan

1. Memanfaatkan Trend Baharu
Tempat kerja telah berubah secara mendadak sejak 10 tahun lepas. Perubahan yang lebih ketara semestinya akan berlaku dalam masa 10 tahun akan datang.  Dunia sentiasa berubah dan kita ada dua pilihan iaitu mencari jalan untuk bersaing dan memajukan diri, atau ketinggalan.  Kita boleh mengikuti kursus dalam atau luar talian, menghadiri seminar, membaca buku pembangunan diri atau mendengar nasihat pemimpin dalam industri. Namun hakikatnya adalah perancangan lima tahun tidak cukup untuk kita majukan diri.  Keadaan semasa mendesak kita untuk berfikir tentang masa hadapan dalam jangkauan 10, 15 dan 20 tahun akan datang, serta peranan semasa kita apabila segala macam pembangunan berlaku satu persatu.

2. Belajar Teknologi Baharu
Jika anda geli hati atau kecewa dengan golongan yang lebih berumur apabila mereka terkial-kial menggunakan telefon pintar, jangan gelakkan orang kerana kita bakal menjadi sebegitu rupa suatu hari nanti.  Kita semua selesa dengan benda yang kita ketahui, dan keselesaan membangkitkan keangkuhan.  Teknologi baharu muncul begitu pantas, dan kita perlu mengelakkan diri daripada duduk di bawah tempurung, apabila perkembangan terkini muncul.  Kemampuan mempersiapkan diri dan memanfaatkan teknologi baharu akan memberi kita peluang untuk bersaing dengan lebih mantap berbanding golongan yang tidak ambil endah dengan perkembangan terkini.

3. Fokus Pada Perkhidmatan
Ini merupakan kemahiran yang penting untuk perkembangan dan kemajuan perniagaan.  Apabila kesedaran pelanggan, permasalahan dan permintaan meningkat, maka organisasi perlu betul-betul mensasarkan perkhidmatan.  Sebagai individu, kita perlu tanya pada diri: adakah saya melibatkan diri hanya untuk menjayakan jualan, atau untuk menunjukkan betapa saya mengambil berat akan kualiti perkhidmatan yang disediakan organisasi?  Oleh sebab benda yang pelanggan suka atau tidak suka, perkara yang dianggap bernilai atau menakutkan sentiasa berubah, seseorang perlu tangkas membuat pengubahsuaian mengikut keperluan pelanggan. Dengan berbuat demikian, nilainya kepada organisasi akan meningkat lebih daripada intan permata.

4. Memantapkan Kecerdasan Emosi
Kecerdasan emosi menyentuh tentang cara mewujudkan hubungan yang bermakna, berpandukan kualiti seperti menjadi pendengar yang aktif, ada sifat empati, memberi respons, dan yang paling penting, memiliki kesedaran diri.  Salah satu cabaran terbesar bagi sesebuah organisasi hari ini ialah kebanyakan pemohon kerja memiliki kemahiran yang relevan dengan syarikat  tetapi mereka kurang dari segi kemahiran ‘insaniah’, yang penting untuk membangunkan perkongsian kerja yang kukuh, sama ada dari segi dalaman dan luaran.  Dalam kekalutan menyiapkan kerja, golongan yang boleh berhubung atau mengaitkan diri dengan orang lain sangat bernilai untuk syarikat.

5. Memupuk Minda Keusahawanan
Teras keusahawanan ialah dedikasi, dorongan, ketekunan dan kreativiti.  Usahawan mempunyai banyak idea berkenaan cara untuk menambah nilai bagi orang di sekeliling mereka dan merungkai masalah yang rumit.  Jika kita hanya duduk di meja dan mengendalikan tugasan rutin atau ikut deskripsi tugas sahaja, maka kita hanya melakukan kerja remeh yang boleh dibuat oleh 100 orang yang lain.

6. Penyelesaian Masalah Dan Kerja Berpasukan
Daripada semua kemahiran dibincangkan, penyelesaian masalah dan semangat adalah yang paling rapat dengan kaedah pendidikan tradisional. Namun ini tidak bermakna bahawa tidak ada kaedah inovatif yang melibatkan penyelesaian masalah dan kerja berpasukan dalam kurikulum. Penyelesaian masalah dan kerja berpasukan bertindak sebagai nadi untuk keseluruhan pasukan untuk berkembang dengan lebih cepat. Penyelesai masalah  mendapat permintaan tinggi di pasaran kerja dan mempunyai peluang yang besar untuk pergi lebih jauh dalam sesuatu bidang.

Cadangan Penambahbaikan Sistem Pendidikan

Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar amat merosot. Saya dapati pendidik telah berusaha untuk mendidik anak-anak kita. Malangnya terdapat segelintir pendidik yang masih berpendapat bahawa bahasa Inggeris boleh di ajar dengan bahasa Melayu.

Sepatutnya kelas bahasa Inggeris wajib memanfaatkan waktu tersebut dengan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Pendidik pula harus menggunakan sepenuhnya bahasa Inggersi ketika mengajar dan berkomunikasi dengan para pelajar. Maklumbalas yang saya terima dari warga pendidik apabila di utarakan soalan kenapa berbahasa Melayu ketika kelas Bahasa Inggeris? Rata-rata menjawab, anak-anak kita tidak faham langsung. Sedangkan bahasa Inggeris telah di ajar dari pra sekolah lagi.




Cadangan Penambahbaikan Teknologi Maklumat
Dari segi teknologi maklumat pula, saya menyarankan supaya Menteri Pendidikan mengarahkan hanya satu sistem sahaja yang digunakan oleh semua pihak dibawah kementerian beliau. Terutama di peringkat sekolah. Saya dapati tiada keseragaman dari sudut teknologi maklumat yang diguna pakai dan lebih malang lagi guru-guru dengan rela paksa menggunakan setiap sistem ini dan pengisiannya pula berulang-ulang perkara atau data yang sama perlu di masukkan semula sebabnya perisian yang digunakan tidak sama dan tiada link di antara mereka.

Untuk bergerak ke arah negara maju kita sepatutnya menggabungkkan setiap sistem maklumat yang ada di negara ini bagi kemudahan rakyat dan ini akan meningkatkan tahap keberkesanan dan tindakan bagi memastikan setiap sumber modal insan yang ada dapat di gerakkan secara bersepadu.



Rujukan
1.https://groups.google.com/forum/#!topic/myedureview/6C-sqH_flqU
2.https://madeinuitm.com/10-kemahiran-utama-yang-diperlukan-graduan-untuk-berjaya/
3.https://akademids.my/7-kemahiran-yang-menjamin-kerjaya-masa-depan/

No comments:

Post a Comment

Kemahiran Penting Kepada Graduan Masa Depan Hari ini, kita mendapat suapan berita daripada pelbagai sumber, misalnya media alternatif,...